Tauhid Menolak Jahiliyyah Dan Membentuk Masyarakat Islam



TAUHID MENOLAK JAHILIYYAH DAN MEMBENTUK MASYARAKAT
ISLAM

*Artikel ini di ambil dari laman blog Ustaz Muhd Halim untuk dijadikan bahan bacaan.

Islam nizam yang lengkap

Islam adalah nizam atau sistem yang lengkap dan menyeluruh. Islam terbina di atas asas yang kukuh. Islam terdiri daripada rukun-rukun yang besar, cabang-cabang dan ranting-ranting yang kecil saling memaut dan tertegak di atas asas yang kuat. Islam laksana pokok, berasal daripada sebiji benih, kemudian mengeluarkan akar, seterusnya tumbuh batang,dahan, cabang, ranting dan daun sehingga menjadi pokok rendang. Namun setiap helai daun berhubung rapat dengan akar pokok itu.

Islam bererti penyerahan diri

Islam bererti penyerahan diri dan kepatuhan hamba sepenuhnya kepada Allah SWT. Islam menarik manusia daripada menyembah sesama hamba kepada menyembah Allah Yang Maha Esa. Islam menghendaki manusia tunduk dan patuh kepada kekuasaan dan peraturan-Nya sahaja dalam semua urusan hidup.

[Read More...]


Tafsir Surah Al-Maidah Ayat 79 : Mesti Tegur Menegur



TAFSIR SURAH AL-MAIDAH AYAT 79 : MESTI TEGUR MENEGUR
*Artikel ini di ambil dari laman web rasmi Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang untuk dijadikan bahan bacaan.

Mesti ada tegur menegur antara satu sama lain. Sebagai contoh jika isteri melakukan maksiat, suami mestilah menasihatinya, begitulah sebaliknya.
Para ulama menyatakan bahawa orang yang menyuruh kepada yang baik dan mencegah kemungkaran itu bukan semestinya meninggalkan maksiat. Ertinya, tidak menjadi masalah menunaikan suruhan amar makruf nahi mungkar walaupun seseorang itu melakukan maksiat.
Tangungjawabnya dalam soal mencegah kemungkaran, sudah ditunaikan sementara maksiat yang dibuat pula sudah pasti merupakan suatu dosa yang dikenakan ke atas perbuatan itu.
[Read More...]


Keteguhan iman Abu Darda'




KETEGUHAN IMAN ABU DARDA'





Abu Darda' ialah seorang sahabat yang akrab dengan Nabi Muhammad. Beliau bersikap rendah diri dan bertakwa kepada Allah. Beliau banyak mendapat hadis daripada Nabi Muhammad. Antara hadis yang terkenal adalah mengenai manusia dianggap gagah apabila dapat menahan perasaan marah. Hadis ini dilaporkan oleh Imam Tabrani dan Ibin Abid Dunya. Pada suatu hari, Abu Darda' bertanya kepada Nabi Muhammad: "Wahai nabi, tunjukkanlah kepada saya amalan yang dapat membawa saya ke syurga".

Kemudian Nabi Muhammad menjawab, "Janganlah kamu marah. Mereka yang dapat menahan perasaan marah adalah orang yang mengawal diri sendiri supaya patuh dan taat kepada Allah dan Nabi Muhammad".

Abu Darda' mendengar dengan teliti jawapan yang diberikan oleh Nabi Muhammad. Kemudian Abu Darda' mengangguk-anggukkan kepalanya dan berkata: "Tahulah saya sekarang, orang yang dapat menahan perasaan marah adalah orang yang mulia dan dapat masuk syurga".



[Read More...]


 
Return to top of page Copyright © 2010 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by HackTutors