Roh Islam hidupkan semangat lawan penjajah




*Artikel lama dicadangkan untuk pembacaan. 
ROH ISLAM HIDUPKAN SEMANGAT LAWAN PENJAJAH


Sejarah buktikan perjuangan tegak kedaulatan agama, bangsa dipelopori ulama
KETIKA memperingati Hari Kebangsaan, kita perlu merenung sambil cuba menjelajah sejarah yang menumpahkan darah syuhada bangsa. Apakah yang menguatkan azam dan keberanian jiwa mereka menentang penjajah.
Agaknya ada sesuatu yang amat besar mampu melahirkan semangat kepahlawanan dalam diri syuhada. Roh Islamlah sebenarnya berperanan menghidupkan jiwa mereka menentang kolonialisme. Islam yang menjanjikan kemuliaan kepada sesiapa berjuang menegakkan yang hak.
Data sejarah merakamkan gerakan antipenjajahan British yang dipelopori ulama sama ada di Sarawak, Melaka, Perak, Pahang, Kelantan dan Terengganu.

[Read More...]


Tokoh Sarjana Falak "Al-Khawarizmi (780-850)"



TOKOH SARJANA FALAK "AL-KHAWARIZMI (780-850)"




Nama sebenar beliau ialah Abu Abdullah Mohammad Ibnu Musa dan lebih dikenali dengan Al-Khawarizmi. Beliau dilahirkan di Khawazim (Kheva), selatan Laut Aral, Uzbekistan.

Beliau telah berjasa dalam bidang falak pada zaman pemerintahan Khalifah al-Ma’mun, Bani Abbasiyah di Baghdad. Beliau telah dinobatkan sebagai Ahli Falak Diraja atas sumbangan dan kajian beliau. Al-Khawarizmi adalah seorang ahli falak yang agung.

Diantara hasil kerja beliau ialah membuat penyemakan dan memperkemaskan semula ilmu astronomi pada ketika itu dan membetulkan pelbagai pandangan Ptolemy.

Beliau juga telah menghasilkan peta dunia pertama yang telah diterokai pada zaman itu. Beliau juga telah menghitung isipadu dan ukurlilit bumi, mencipta alat penentu kedudukan bintang, sukatan masa dan jam matahari.

Selain bidang falak, Al-Khawarizmi juga adalah seorang ahli matematik yang agung. Beliau telah merintis algebra (arithmatic), penggunaan angka sifar dan perpuluhan, fungsi sinus dan tangen, ungkapan quadratik secara geometri dan trigonometri.

Diantara karangan Al-Khawarizmi ialah Kitab at-Tarikh (falak), Kitab al-Rukhmat(falak), Istkhraj Tarikh al-Yahudi (falak), Kitab Surat al-Ard (falak-geografi), Hisab al-Jabr wal Muqabalah (matematik) dan Kitab al-Jam’a bil Hisab al-Hindi (arithmatic).


Diambil dari : Jabatan Mufti Negeri Melaka
[Read More...]


Tokoh Sarjana Falak "Ulugh Beg (1393-1449)"



TOKOH SARJANA FALAK "ULUGH BEG (1393-1449)"



Nama sebenar beliau ialah Mohammad Taragay ibnu Shah Rukh. Beliau adalah cucu kepada Timurlane (1336-1405), panglima Mongol yang amat terkenal. Ulugh Beg dilahirkan di Soltaniyah, Iran.

Beliau memerintah Empayar Timurid dari tahun 1447 sehingga 1449. Dalam konflik perebutan kuasa pemerintahan zamannya beliau telah di bunuh oleh anaknya, Abdul Latif yang kemudian menggantinya memerintah Empayar Timurid di Samarkand (Tajikistan).

[Read More...]


Tokoh Sarjana Falak "Al-Idrisi (1099-1166)"



TOKOH SARJANA FALAK "AL-IDRISI (1099-1166)"


Nama sebenar beliau ialah Abu Abdallah Mohammed Ibnu As-Syarif Al-Idrisi. Beliau lebih dikenali dengan panggilan Al-Idrisi, sempena nama bapanya. Al-idrisi dilahirkan pada tahun 1099 masihi di Ceuta, Sepanyol dan meninggal dunia pada tahun 1166 masihi.

Sumbangan utama tokoh ini ialah menghasilkan bebola perak seberat 400 paun untuk Raja Roger II, lengkap dengan membahagikan dunia kepada 7 iklim, laluan perdagangan, teluk, tasik, sungai, bandar-bandar besar, bukit dan lembah serta gunung-ganang.

[Read More...]


Tokoh Sarjana Falak "Al-Battani (858-929)"



TOKOH SARJANA FALAK "AL-BATTANI (858-929)"



Nama sebenar beliau ialah Abu Abdallah Mohammad Ibnu Jabir Ibn Sinan al-Raqqi al-Harrani al-Sabi al-Battani dan lebih dikenali dengan al-Battani. Beliau dilahirkan di Battan, Harran, Turki.

Beliau ialah seorang ahli astronomi dan matematik yang diiktiraf di Timur Tengah pada masa itu. Beliau telah mula mempelajari bidang ini daripada bapanya Jabir Ibn Sinan al-Battani yang juga seorang ahli sains.

[Read More...]


Tokoh Sarjana Falak "" Al-Khindi (800-873)"



TOKOH SARJANA FALAK "AL-KINDI (800-873)"



Nama sebenar beliau ialah Abu Yousouf Yaqub Ibnu Ishaq al-Kindi dan lebih dikenali dengan nama al-Kindi.

Beliau dilahirkan di Kufa, Iraq. Beliau telah berjasa mengembangkan ilmu falak pada zaman Khalifah al-Ma’mun, al-Mu’tasim dan al-Mutawakkil, Bani Abbasiyah di Baghdad.

Beliau pernah bertugas bersama-sama Al-Khawarizmi dan pernah menjadi guru peribadi anak Khalifah al-Mu’tasim. Al-Kindi juga disenaraikan salah seorang ahli falak yang amat berjasa dalam dunia astronomi.

[Read More...]


Tokoh Sarjana Falak "Al-Sufi (903-986M)"



TOKOH SARJANA FALAK "AL-SUFI (903-986M)"


Nama sebenar Al-Sufi ialah Abd Rahman ibnu Abu Al- Hussin Al Sufi.Beliau dikenali dengan nama Azophi di dunia barat. Beliau berbangsa Parsi dan berasal dari Isfahan, Iran. Beliau bekerja sebagai penterjemah di Mahkamah Emir Adud Addaula di Isfahan, Iran.

Beliau amat berminatdalam bidang astronomi sehingga menterjemahkan karya tokoh astronomiterkenal Greek, Ptolemy bukunya yang amat terkenal iaitu Almagest.
Diantara hasil tulisan beliau yang amat terkenal ialah Kitab Al-Kawakib As- Sabit Al-Musawwar yang menerangkan tentang kedudukan buruj bintang.As-Sufi mengeksplorasi bukan hanya kedudukan bintang tetapi juga kedudukan buruj bagi bintang itu sendiri, menggambarkannya, serta menghurai pantulan sinar dan warnanya.

[Read More...]


 
Return to top of page Copyright © 2010 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by HackTutors