Solat orang-orang dalam perjalanan (Safar)




Salah satu sunnah yang mungkin telah diabaikan sebahagian kelompok umat Islam hari ini adalah memendekkan solat fardhu empat rakaat menjadi dua rakaat ketika dalam safar (perjalanan jauh). Atau dengan nama lain yang lebih khusus, mengqasarkan solat ketika safar.

Ketika mula-mula solat difardhukan ia dilaksanakan dengan dua rakaat masing-masing, kecuali solat fardhu Maghrib. Tetapi kemudian menjadi empat rakaat bagi fardhu Zuhur, Asar, dan Isyak setelah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam berhijrah, melainkan sekiranya berada dalam perjalanan (safar) ia tetap dilaksanakan dengan dua rakaat masing-masing.

Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma berkata:


“Allah telah mewajibkan solat melalui lisan Nabi kamu empat rakaat ketika hadir (ketika bermukim atau menetap), dua rakaat ketika dalam perjalanan (safar), dan satu rakaat ketika dalam peperangan (khauf).” (Hadis Riwayat Muslim, 3/463, no. 1109)


[Read More...]


Zakat Berbaki Atau Kita Kurang Bijak Membahagi



Dari Web DrMAZA:

ZAKAT BERBAKI ATAU KITA KURANG BIJAK MEMBAHAGI

Mendengar cerita seorang anak yang hidup melarat dalam kemiskinan, tentulah menyanyatkan hati. Lebih menyanyatkan hati jika kita ketahui bapanya masih hidup dan kaya raya pulak.
Demikian mendengar dan menonton kisah-kisah kemiskinan dan derita kehidupan akibat kefakiran di negara kita yang disifat kaya dan senang amat menyanyatkan hati. Lebih menyanyatkan apabila kita mengetahui adanya pihak-pihak yang menguruskan zakat dengan mengumumkan lebihan zakat puluhan bahkan ada yang sampai ratusan juta saban tahun.
Sebelum saya meneruskan pena ini, saya terlebih dahulu ingin mengakui banyak hasil kerja dan usaha baik yang telah pun dibuat oleh pihak-pihak yang menguruskan zakat. Juga tulisan tidak ditujukan kepada pihak-pihak yang telah pun melaksanakan amanah mereka. Sebaliknya tulisan mewakili hati dan perasaan kehairanan sebahagian besar kaum muslimin yang tertanya-tanya terutama apabila melihat kisah-kisah duka kemiskinan yang dipaparkan oleh berbagai media.

[Read More...]


Hukum Qisas : Penjelasan Kepada yang Keliru





HUKUM QISAS : PENJELASAN KEPADA YANG KELIRU


*Artikel ini di ambil dari laman web Harakah untuk dijadikan bahan bacaan.

Oleh : Nasrudin Ahmad
Pertamanya saya ucapkan terima kepada semua di atas komentar yang diberikan, terhadap artikel saya sebelum ini  yang bertajuk Mencari Keadilan Melalui Syariat Islam semoga ianya mencambahkan lagi perbincangan secara tanpa emosi, tetapi lebih akademik dan berfakta tentang realiti Qisas yang sedang dibincangkan ini.

Secara ringkas point yang dilontarkan oleh mereka yang  mempertikai artikel saya sebelum ini berkisar tentang 3 perkara penting, iaitu :

[Read More...]


 
Return to top of page Copyright © 2010 | Platinum Theme Converted into Blogger Template by HackTutors